Kad Perubatan - Major Medical Cover (MMC)
Major Medical Cover adalah suatu Pelan Pembiayaan Rawatan Perubatan.
Matlamat MMC
- Melindungi Simpanan
- Berpeluang mendapatkan rawatan segera
- Berpeluang mendapatkan rawatan terbaik

KO-TAKAFUL (Perkongsian Kos Rawatan Perubatan)
Untuk mana-mana tuntutan manfaat yang layak, pihak Syarikat akan memberi bayaran balik manfaat-manfaat tertakluk kepada bayaran Ko-Takaful oleh Peserta.
- Bagi MANFAAT-MANFAAT HOSPITAL & PEMBEDAHAN (kecuali Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian), termasuk Manfaat Unit Rawatan Rapi, Manfaat Pembedahan dan Manfaat Perkhidmatan Dalam Hospital & Yang Berkaitan, Peserta akan membayar Ko-takaful sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada jumlah perbelanjaan yang layak bagi semua manfaat-manfaat yang berkenaan, tertakluk kepada Jumlah Minimun Ko-takaful sebanyak RM 300.00 dan Jumlah Maksimum Ko-takaful sebanyak RM 1,000.00 yang dinyatakan di dalam Jadual Jumlah Manfaat.
- Tanpa Tunai (Cashless)
- Jaminan Tidak Boleh Batal (Non Cancellable) sehingga Usia 70 tahun
- Had Pembiayaan Perubatan yang Tinggi
- Perlindungan 24 jam Seluruh Dunia
- Rangkaian Hospital Panel (Pakar) seluruh Malaysia